SOFI PAKSA IZARA AISHAH

KUALA LUMPUR : Pelakon watak antagonis, Sofi Jikan mengakui beliau bertindak memaksa pelakon jelita, Izara Aishah bagi menjayakan filem sulung arahannya berjudul Gangsterock. Di sebalik paksaan itu, Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 45, bagaimanapun melahirkan rasa terharu dgn kesudian Izara yg ternyata menguat & mewarnai filem berkenaan. "Boleh dikatakan saya memaksa Izara utk berlakon filem ini kerana dia (Izara) merasakan dirinya begitu kerdil jika dibandingkan dgn pelakon hebat lain....

#"Malah, Izara adalah pelakon termuda dlm produksi ketika kami menjalani penggambaran pada tahun 2011. Dia masih baru & gerun utk menerajui filem ini. Namun, saya berterima kasih kpd Izara kerana akhirnya bersetuju utk menjadi heroin filem saya ini....


#Saya ada juga menawarkan watak ini kepada beberapa pelakon wanita lain namun mereka diam tanpa jawapan," kata Sofi ketika ditemui pada majlis tayangan media filem pertama arahannya Gangsterock, di Cineleisure e@Curve, di sini, malam Rabu. Filem Gangsterock membariskan pelakon utama seperti Izara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha & Saiful Apek....

# Filem yg bakal berada di pawagam pada Hari Raya Aidilfitri bermula 17 Julai ini mengisahkan tntg perjalanan seorang lelaki bernama Shake yg dtg ke Kuala Lumpur utk menjadi seorang penyanyi rock. Sepanjang perjalanan itu, dia menerima pelbagai ujian drpd kumpulan gangster di Kuala Lumpur. Sementara itu, Sofi merendah diri meminta agar orang ramai memberi peluang kepada beliau utk memperbaiki lagi karya arahannya utk masa akn datang....

#"Memandangkan filem ini adalah karya sulung saya, jadi saya meminta agar penonton memberi sedikit ruang kepada saya sebagai pengarah baru. Banyak yg perlu saya perbaiki lagi. "Saya bertuah kerana pelakon yg terlibat kebanyakkannya turut mempunyai pengalaman sebagai pengarah & ianya memudahkan kerja saya yg memegang beberapa tugas pada satu masa," kata Sofi........

0 Response to "SOFI PAKSA IZARA AISHAH"

Post a Comment