Nora Danish Dapat Hadiah Rumah Mewah


KL, 24 JAN 2011: Bertuah sungguh nasib pelakon cantik comel, Nora Danish yang khabarnya telah dihadiahkan dengan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit oleh seseorang.
Murai Batu bukan nak jaga tepi kain sesiapa, tapi sekadar ingin tumpang gembira. Mana taknya, selepas berpisah dengan bekas suaminya, Jejai 3 tahun lalu, rezeki pelakon drama ini nampaknya melimpah ruah.
Daripada drama, ke filem, kemudian pula ditawarkan sebagai pengacara dan tidak ketinggalan juga bergelar jurucakap bagi beberapa produk kecantikan. Inilah yang Murai Batu katakan wanita perkasa. Nora miliki kekuatan itu.
Berbalik kepada cerita rumah mewahnya itu, Murai Batu difahamkan rumah yang berlokasi di kawasan Ampang itu sedang dalam pembinaan dan Nora pastinya tidak sabar-sabar menunggu masa yang sesuai untuk berpindah.
Murai Batu percaya Nora miliki citarasanya tersendiri dalam soal menghias dan memilih rekaan dalaman kediamannya. Mungkin inilah peluangnya untuk Nora menghias rumah bagaikan istana seperti yang telah lama dia impikan.
Murai Batu difahamkan juga, rumah berpagar yang dibina oleh kontraktor terbaik di negara ini memiliki sebanyak 10 buah bilik. Wah! Banyaknya. Apa Nora nak buat dengan bilik yang banyak itu? Cuba bagi tahu Murai Batu sikit.
Jangan salah sangka. Sebenarnya rumah mewah itu sebenarnya merupakan hadiah tidak ternilai daripada kedua bekas mertua Nora yang diberikan khas buat cucu kesayangan mereka Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Murai Batu faham sangat keakraban yang terjalin antara Nora dan keluarga bekas suaminya itu. Walaupun mereka tiada lagi hubungan pertalian, tapi kehadiran cahayamata berkenaan ke dunia telah berjaya menjalinkan hubungan silaturahim antara mereka.
Tambahan pula, setahu Murai Batu, kedua bekas mertua Nora dalam masa yang sama memang menyayangi Nora sejak dia bersama Jejai lagi dan kehadiran Putra Rayqal mengukuhkan lagi perhubungan mereka.
Maka tak hairanlah mengapa mertua Nora berbesar hati menghadiahkan rumah mewah berkenaan. Menurut firasat Murai Batu, semuanya untuk kebahagiaan Nora dan anaknya serta sebagai satu jalinan perhubungan yang erat sampai bila-bila.
Baguslah kalau macam itu. Lagipun Murai Batu kenal sangat siapa Nora. Dia adalah seorang insan yang penyabar dan penyayang. Dia bukanlah jenis individu yang terlalu berharap, apatah lagi sanggup menerima hadiah daripada orang asing. Tak gitu Nora?
Murai Batu: Tersenyum gembira bila melihat ada teman-teman yang dihadiahkan dengan i-Pad, Blackberry ataupun i-Phone 4. Itulah yang dinamakan rezeki.

0 Response to "Nora Danish Dapat Hadiah Rumah Mewah"

Post a Comment