#Ingatkan kisah dua selebriti popular ini sudah habis, rupa-rupanya belum lagi. Itu pun selepas teman Cik Pang beria-ria bercerita mengenai mereka yang dikatakan sampai sekarang bermadu kasih dalam diam.......
SEKADAR GAMBAR HIASAN
#Kongsi teman Cik Pang, selepas berlakon dalam satu drama popular, mereka digandingkan bersama sekali lagi dalam beberapa projek lain, juga memegang watak suami isteri......
#Menariknya, kru produksi yang bersilih ganti tetap beri komen serupa, kedua-duanya kalau berlakon sudah macam suami isteri betul-betul.....
#Ini terutama apabila menjalani penggambaran dalam kondo mewah untuk drama terbaru mereka yang kini disiarkan di Astro....
#Dakwa teman Cik Pang, mereka berdua seolah-olah cukup susah nak tinggalkan kondo mewah itu sebab terlalu banyak momen indah pernah berlaku di situ. Ala-ala macam orang tengah mabuk bercinta!...
#Walaupun tidak mahu mengaku dengan serius sedang bercinta, mereka tetap berani mati tonjolkan bahasa badan penuh romantik. Bila ajak bergambar saja, mesti nak berpeluk sakan!......
#Pernah berlaku depan mata teman Cik Pang masa majlis berbuka puasa anjuran stesen TV, masa nak ditemubual dengan teman media, si aktor suruh si aktres tunggu sekejap.......
#Tapi dengan penuh gedik si aktres tetap mengekor macam itik pulang petang. Yalah, takkan nak lepaskan peluang untuk ditemubual bersama dan promosi percuma, kan?........
0 Response to "Lebih2"
Post a Comment