DI HALAU

#Panel KWSP Halau Saya Macam Pengemis – Luahan Hati Seorang Suri Rumah Yang Patut Kita Viralkan...

#Seorang suri rumah yang menghadapi masalah kesihatan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh panel doktor yang dilantik mengendalikan kes berkaitan pengeluaran Hilang Upaya Kekal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).....

#Menurut Aizah Aliuddin, 38 yang dihubungi sebentar tadi berkata, “permohonannya untuk mengeluarkan duit caruman KWSP itu ditolak kerana dikatakan tidak layak”, katanya....

>> “Selepas diberhentikan kerja saya buat permohonan dan pegawai KWSP yang meneliti permohonan tersebut maklumkan ia tidak ada masalah kerana semua dokumen yang di perlukan telah lengkap”....

>> “Tapi saya perlu berjumpa dengan panel doktor yang ditetapkan oleh KWSP bagi membolehkan permohonan tersebut diproses” katanya.....

#Namun menurutnya, apa yang mengecewakan sebaik sahaja hadir untuk sesi pemeriksaan yang diaturkan, pegawai perubatan yang bertugas terus menghalaunya pulang.....

>> “Saya amat kecewa apabila mereka melayan saya seperti pengemis sedang saya hanya mahu menuntut hak saya… bayangkan sebaik sahaja di panggil masuk ke bilik pemeriksaan mereka terus menghalau saya balik tanpa sebarang alasan yang munasabah sedangkan saya belum sempat duduk pun......

>> “Sebaik sahaja melihat saya datang, doktor wanita (panel tersebut mempunyai tiga doktor) itu terus kata.. dah, awak balik lah.. awak boleh kerja… setakat sakit buah pinggang je… awak kene ada dua-tiga penyakit lain baru boleh mohon… jangan awak ingat socso dah bagi bantuan, KWSP senang-senang nak kasi kasi awak duit. boleh balik!” ujarnya sedih ketika menceritakan kembali detik tersebut....

#Menurut Aizah lagi, permohonan tersebut bukan dibuat untuk bersuka-ria tapi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan serta membiayai persekolahan empat orang anaknya.....

>> “Saya sudah diberhentikan kerja kerana sering ambil cuti sakit bagi mendapatkan rawatan…dalam seminggu tiga hari diperlukan untuk dialisis dan kos perubatan saya sekitar 700 – 800 sebulan.....

>> “Keempat-empat anak saya masih bersekolah dan suami saya hanya bekerja sebagai pemandu.. tapi mengapa mereka melayan saya seperti ini, kami tidak pernah minta diberikan ujian sakit seperti ini,” ujarnya lagi.....

>> Paling mengecewakan beliau apabila penolakkan permohonan tersebut hanya dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang alasan yang munasabah.....

>> “Selepas tiga hari saya menerima SMS maklumkan yang mengatakan permohonan saya ditolak.
“Saya benar-benar mengharapkan mereka yang bertanggungjawab membantu kami insan yang tidak berdaya ini untuk mempertahankan hak kami… bukan hanya untuk saya tapi untuk semua pesakit kronik lain yang senasib” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan....

Kami akan menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumbalas mengenai isu ini.
Sumber : Virarakyat

0 Response to "DI HALAU"

Post a Comment