Tun M penakut, malukan diri sendiri – SAMM

Kuala Lumpur – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata kenyataan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di hadapan sekumpulan kaki sorak dan ampu semalam hanya memalukan dirinya sendiri.


Tambahnya, gelaran ‘kucing kurap’ yang diberikan oleh bekas perdana menteri itu juga menunjukkan bahawa beliau takut dengan kritikan.
“Semua orang tahu semalam Dr Mahathir telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu dan dah kenyang dengan Mahathir.
“Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina”, katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya.
“Sebagai negarawan umur 90 tahun dia panik, dia tertekan dengan kempen kami. Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media, depan orang ramai.
“Maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri.
Mahathir semalam menggelar Chegubard kucing kurap apabila mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog ‘Nothing2Hide’ anjuran SAMM.
Sementara itu, Badrul turut mengumumkan penerbitan sebuah buku bertajuk “Wajah Sebenar Mahathir” yang memuatkan dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.
Walaubagaimanapun, semalam bekas perdana menteri itu mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat secara langsung dengannya di televisyen, selepas dialog “Nothing to Hide” yang seharusnya menemukan mereka gagal.
Menurut bekas perdana menteri itu dalam satu perjumpaan tertutup anjuran ‘Kami Mahathir’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam, beliau setuju untuk menjawab segala persoalan sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun, tetapi katanya Najib perlu turut serta dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya, lapor Berita Daily.

0 Response to "Tun M penakut, malukan diri sendiri – SAMM"

Post a Comment