KJ Dikecam

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, atlet kebangsaan tidak perlu mematuhi garis panduan berkaitan pakaian yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika menyertai kejohanan sukan....

#Kenyataan tersebut dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berkata, pakaian sukan yang dipakai atlet negara akan dikaji semula.....

#Jamil Khir yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menerangkan, Jakim akan mengkaji semula garis panduan pakaian atlet supaya ia mematuhi syariah.....

#Namun begitu, Khairy menjelaskan garis panduan yang disediakan Jakim hanyalah garis panduan dan tidak ada paksaan ke atasnya.....

#"Terpulang kepada atlet untuk mengikuti garis panduan tersebut dan tidak ada paksaan untuk mengenakan pakaian yang lain, jadi saya berharap ini dapat menyelesaikan isu pakaian atlet.....

#"Kita perlu ingat bahawa beberapa pakaian sukan dikawal oleh persekutuan sukan dan atlet-atlet ini hanya mengenakan pakaian tersebut semasa bertanding sahaja," katanya....

#Khairy turut membidas pengkritik dengan menyifatkan mereka sebagai hipokrit dan menganggap isu ini berkaitan seksisme.....

#Farah Ann Abdul Hadi mengharumkan nama negara selepas berjaya memenangi dua pingat emas, satu perak, dan tiga gangsa pada Sukan Sea tahun ini tetapi menerima kritikan kerana dikatakan mendedahkan badannya.....

#"Farah sudah dewasa dan telah dibesarkan dengan baik...

#"Dia tahu apa yang dilakukan dan matang membuat keputusannya sendiri....

#"Atlet-atlet lelaki tidak mendapat perhatian sebegini walaupun mereka memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh badan mereka seperti ahli bina badan," kata Khairy....

#Khairy juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mengkritik sekiranya perkara ini tidak dihentikan.....

#"Jika mereka tidak mampu menahan diri, kita perlu mengharamkan mereka daripada memasuki stadium," katanya lagi.....

0 Response to "KJ Dikecam"

Post a Comment