Haaa! Nampak Tak Polis Ambil Durian Percuma?

KUALA LUMPUR - 'Haaa! Nampak Tak Polis Ambil Barang Percuma?' demikianlah dakwaan seorang lelaki Cina yang mendakwa berjaya merakam tindakan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahgunakan kuasa.

Video kelibat dua anggota PDRM yang didakwa menyalahgunakan kuasa tersebar di laman sosial. Video berdurasi 1 minit 14 saat itu dimuat naik ke laman Facebook pada 18 Jun lalu oleh seorang lelaki Cina.

Berdasarkan rakaman video yang telah mendapat perkongsian 4,863 di Facebook itu, dua anggota polis itu dilihat sedang memilih buah durian.

Bagaimanapun menurut lelaki yang merakam video itu mendakwa dua anggota terbabit tidak dikenakan sebarang barangan atas beberapa biji durian yang telah dibungkus dan diletakkan dalam kereta peronda.

"Nampak tak? Haaa! Polis Malaysia memang hebat. Tangkap penjenayah tak hebat, tetapi ambil benda rasuah memang hebat. Kalau tak ada 'balasan' memang teruklah kau. Datang tapau durian tanpa perlu membayar apa-apa. Percuma! Percuma!

"Makanan percuma, letak dalam kereta, nampak tak rakyat sekalian? Inilah sikap polis Malaysia. Kat sini ada seorang lagi siap ambil makan lagi," katanya yang merakam penampakan itu dari keretanya.

Susulan itu, ramai pengguna Facebook berbangsa Cina turut berkongsikan video itu di wall Facebook mereka. Dan rata-ratanya mengecam tindakan dua anggota polis berkenaan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang berpendapat berkemungkinan peniaga durian itu memberi beberapa biji durian kepada dua anggota berkenaan sebagai tanda berterima kasih di atas jasa mereka menjaga keamanan.

Tambah mereka lagi, adakalanya wujud segelintir peniaga seperti ini yang gemar memberi kepada penguat kuasa dan ini merupakan satu perkara biasa di negara ini. Barangkali ianya luar biasa di mata si perakam video tersebut.

0 Response to "Haaa! Nampak Tak Polis Ambil Durian Percuma?"

Post a Comment