Assalamualaikum buat semua admin page yang berkenaan serta keyboard worrior yang berkomen negatif mahupun positif berkenaan video majlis adik perempuan saya yang berlangsung di Melbourne, Australia.
.
Disini, saya ingin memberi sedikit penjelasan berkaitan dengan video yang mencecah 40k++ viewer tu.Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan,bersama saksi & kadi.Kadi tersebut adalah orang Islam yg tinggal di australia lebih 20 tahun.Selesai upacara akad nikah,kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan "takliq" dalam Bahasa Inggeris.Apa yang difahamkan,itu adalah prosedur perkahwinan di sana.Video yg menjadi viral tu separuh sahaja.Mungkin itu yang menyebabkan salah faham orang diluar sana.
.
Utk pengetahuan admin & pengkritik,itu tidak ada kena mengena dengan syiah..saya dan ahli keluarga masih berpegang pada ajaran yang betul dan golongan ahli sunnah wal jamaah..saya tidak pasti apakah tujuan org yg upload video tersebut sehingga menjadi fitnah..Wallahua'lam..
.
Kita dibulan Ramadhan wahai saudara seagamaku. Jangan cepat melatah, jangan cepat menghukum..mampukah saudara semua utk memohon maaf pada ahli keluarga kami?Sesungguhnya dipihak saya,saya ampunkan dosa kalian.Ramadhan Kareem...
.
* Nak i buat press conference atau masuk Melodi ke uols? Penat i taip & jawab persoalan dari semua orang ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Cerita Sebenar Pasangan Melayu kahwin Seperti Kristian?"
Post a Comment