Sebelum ini hangat diperkatakan tentang pelawak dan pengacara Zizan Razak yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan ini.....
#Namun, sudah masuk pertengahan Jun tiada langsung khabar berita mengenai perkahwinan atau sebarang persiapan dilakukan oleh Zizan untuk menamatkan zaman bujangnya.....
#Disebabkan itu, ada khabar angin mengatakan perkahwinan Zizan dengan seorang gadis dikenali sebagai Nur Edura Diyana Hisham yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini ditangguhkan...
#Zizan atau Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, dia mempunyai alasan peribadi untuk tidak bercerita mengenai ura-ura perkahwinan dengan gadis yang berasal dari Terengganu itu....
“Saya minta maaf tidak dapat komen apa-apa mengenai hal itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut...
“Tunggulah apabila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang,” katanya....
#Bagaimanapun baru-baru ini ada sumber menyampaikan perancangan hero Cicakman 3 itu untuk berkahwin dengan gadis berusia 24 tahun berkemungkinan ditangguhkan kerana beberapa hal peribadi yang perlu diselesaikan dalam keluarga....
Sumber: Harian Metro
0 Response to "PUNCAN SEBENAR "
Post a Comment