Lelaki Ditahan Kerana Status Facebook Hina Gempa Sabah

GARA-gara menulis status menghina di laman Facebooknya, seorang lelaki berusia 22 tahun dilapor telah ditahan pihak polis.

Lelaki yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam itu menulis status seakan mengejek tanpa mengambil kira sensitiviti mengenai kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada awal pagi Jumaat lalu.

Menulis, “Kena gempa bumi baru nak kecoh..Standard la negeri penuh sociality..pub..night club terbanyak di Malaysia..Nak goyang sangat kan. Tuhan dah bagi goyang tu, kenapa takut pula??”

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Assisten Komisioner, M. Chandra, lelaki tersebut ditahan pada jam 9 malam semalam selepas satu laporan polis dibuat mengenai status yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

“Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua sim kad daripada suspek dan telah merekod kenyataan daripadanya,” katanya.

Menurut Chandra lagi, pihaknya akan membawa kes itu kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Perkembangan gempa Sabah (8 Jun, 09:00 pagi)

0 Response to "Lelaki Ditahan Kerana Status Facebook Hina Gempa Sabah"

Post a Comment