Assalamualaikum, kejadian pagi tadi (12 June 2015). Saya menulis ini bukan untuk melaga-lagakan sesiapa, tetapi untuk dijadikan sebagai pengajaran.
Di Hospital Muadzam Shah, bukan sekali kami terkena dan mungkin terjadi juga pada mereka yang senasib dengan saya.
Saya bergegas untuk menghantar ibu yang sedang nazak kerana masalah kesihatan tuanya. Kali ini keadaan ibu selepas Subuh yang nazak membuatkan kami terlalu risau dan takut. Selalunya kami tidak akan menghantar ibu di hospital ini. Selalu ibu hanya sakit biasa-biasa, kami akan terus hantar ke Hospital Kuantan (HTAA) walaupun jauh jaraknya 3 jam, kami rela.
Tetapi melihat keadaan ibu yang memerlukan rawatan segera, saya, ayah dan adik beradik lain terpaksa menghantar ibu ke Hospital Muadzam Shah dengan keadaan ibu yang tak larat.
Ayah berhenti di depan pintu kecemasan, tetapi tiada seorang pun kakitangan hospital yang segera melihat keadaan ibu yang berada di dalam di pintu kecemasan.
Aku rasa seperti bukan berada di tempat kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Ayah pun terus keluar mengambil kerusi roda dan saya terus menolak ibu masuk.
Saya melihat kakitangan di bahagian kecemasan berborak sesama sendiri. Tanya acuh tak acuh tentang keadaan ibu dan kakitangannya masih duduk di kerusi masing-masing.
Ada seorang kakitangan bangun dan memeriksa tekanan darah ibu. Tekanan darah ibu amat lemah dan disuruh pula menunggu nombor giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Allahu rabbi, masih disuruh menunggu nombor giliran walaupun keadaan ibu sebegitu.
Saya masih dalam keadaan bersabar terus berkata ibu tak boleh makan, asyik muntah. Dah beberapa hari ibu sangat-sangat lemah.
Saya faham prosedur di hospital tetapi bayangkan keadaan ibu yang betul tak larat dan lemah. Ibu warga tua, kenapa tak ada rawatan segera pada warga tua? Kenapa masih perlu menunggu nombor giliran? Nak tunggu ibu dah keluar darah meleleh-leleh baru nak beri rawatan segera sahaja?
Saya sebagai anak masih bersabar dan terus tolak ibu ke tempat rawatan biasa yang perlu menunggu nombor giliran yang mengambil masa yang sangat lama. Saya faham bukan ibu sahaja yang sakit, ramai. Tetapi ibu yang tak larat dan lemah kerap bertanya,
'Lama lagi ke?'
Ibu dah tak larat sangat. Saya cuma boleh kata,
'Bersabarlah ibu,'.
Dalam hati saya, mana layanan pada warga tua yang tak berkemampuan diutamakan?
Itu satu kes di kecemasan.
Selepas itu, saya pun bagi kad pengenalan pada kakitangan pendaftaran di hadapan. Saya maklumkan sekali lagi pada kakitangan pendaftaran yang ibu saya sangat-sangat tak larat dan lemah. Mereka cuma berkata tunggu nombor giliran sebab bilik kecemasan tak kata kecemasan. Sebab itu mereka tak endah dengan kata-kata saya.
Selepas menunggu giliran yang lama, saya masuk ke bilik rawatan. Ibu masih lemah, selepas itu jumpa doktor di bilik rawatan harian dan ibu perlu dimasukkan air sebab lemah sangat.
Kakitangan di bahagian kecemasan tadi tak nampak ke ibu saya memang lemah sangat? Tak boleh ke panggil doktor terus? Saya kata mak dari tadi lemah sangat, terbaring dipangku lengan saya sebab tak larat.
Saya kata kenapa perlu tunggu di rawatan harian? Kenapa perlu di rawatan biasa? Sedangkan ibu saya sangat-sangat lemah perlu dimasukkan air segera untuk menstabilkan keadaannya yang lemah.
"Hospital ini memang banyak masalah. Saya sudah kerap menegur mereka kerana sikap sambil lewa seperti itu," kata doktor itu.
Selepas itu, keluar dari bilik doktor dan masuk ke bilik lain untuk masukkan jarum di tangan mak. Jururawat baju biru berada di dalam bilik itu, saya tolak ibu masuk ke dalam. Ayah pada masa itu diluar, tetapi selepas itu ayah masuk bilik itu dan tiba-tiba jururawat berkenaan berkata,
"Kenapa pakcik masuk?? Kenapa? Pakcik nak tengok saya kerja ke apa?," tengkingnya.
Ayah dengan pelahan-lahannya berkata, "Pakcik nak tengok isteri pakcik. Pakcik risaukan dia,"
Saya faham bilik itu kecil tetapi di mana budi bahasa bercakap dengan orang tua? Jururawat itu boleh pula bercakap dalam keadaan kasar. Tetapi bagi saya, adalah kurang sopan seorang jururawat bersikap seperti itu yang mana sebelum ini digambarkan sebagai berprinsip, etika, visi 5S itu.
Mungkin ayah bersalah, tetapi wajarkah bercakap kasar dengan orang tua?
Saya masih dalam keadaan bersabar dan berkata,
"Tak apalah ayah, ayah tunggu di luar dulu. Saya temankan ibu."
Allahu rabbi, begini ke layanan kakitangan Hospital Muadzam Shah?
Kami datang tak kurang ajar, kenapa kakitangan Hospital Muadzam Shah pula yang kurang ajar dengan pesakit dan warga tua? Jika tidak ada sifat sabar, jangan jadi jururawat.
Semasa ibu diletakkan di wad perhatian, lalu di dalam bilik kecemasan, kosong. Kakitangannya pula dilihat bermain dengan telefon.
Begini ke cara kakitangan Hospital Muadzam Shah? Dan hospital ini saya dengar ramai yang buat aduan dengan layanan dan cara kerja yang teruk. Kalau kami tak sakit, takkan tak akan jejak di Hospital. Namun, kami bukanlah orang kaya untuk ke hospital swasta. Maaf kata, jangan makan gaji semata-mata, ikhlaskan diri bekerja untuk kerjaaan. jika tidak mampu untuk menjadi perawat, tukarlah kepada kerjaya yang lain.
Dulu, perkara yang sama juga pernah berlaku di mana ibu pernah lemah sakit biasa tetapi tidak seteruk pagi ini. Pada masa itu, kami hantar ke bahagian Kecemasan Hospital Kuantan (HTAA) tetapi kenapa kakitangan di bahagian kemasan segera datang memberikan bantuan walaupun kami di dalam kereta dan terus ditolak masuk ke unit khas untuk memasukkan air dahulu?
Bila dengar kami kata badan mak terlalu lemah, untuk stabilkan keadaan, periksa tekanan darah rendah terus masukkan air sebab melihat muka ibu pucat dan lemah. Dengan kakitangan HTAA tak banyak berbual tetapi terus menjalankan tugas. Situasi yang sama juga berlaku seperti di Hospital Muadzam Shah, kenapa tak perlukan nombor giliran?
Allahamdulillah, HTAA realisasikan slogan visi misi mereka, 'Kami Sedia Membantu'?.
Saya sebagai seorang anak tersentuh melihat ibu dilakukan seperti itu. Bukan kali pertama, banyak kali. Pernah dulu saya melihat sendiri keadaan anak kecil yang sangat-sangat sakit, tak tertahankan. Sampai budak itu hampir pitam, kakitangan di situ masih menyuruhnya menunggu giliran. Warga tua terbaring dan tak tahan masih menunggu giliran. Jika mereka meninggal dalam keadaan menunggu? Bayangkan keadaan itu.
Utamakan #wargatua.
Utamakan #kanak2.
Utamakan budi bahasa pada warga emas yang diajar setiap nurse di Hospital Muadzam Shah.
Realitikan visi dan misi 5S tertampal di merata-rata tempat itu.
Sediakan bilik rawatan segera untuk warga emas dan kanak-kanak (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Sediakan kakitangan yang berdedikasi, prihatin dan kasih sayang pada pesakit tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Kredit - Ainey
0 Response to "'Layanan Kakitangan Hospital Muadzam Shah Teruk!'"
Post a Comment