Jawapan Mufti

#Menunjukkan aurat kepada bukan muhrim merupakan isu yang sudah jelas termaktub dalam Al-Quran dan hadis, termasuk dalam sukan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, mengulas tentang gimnas negara yang dikecam baru-baru ini, lapor portal Astro Awani Online….

#Harussani berkata dalam laporan tersebut, “Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.
“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan….

#Harussani merujuk kepada gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam kerana pakaiannya semasa acara gimnastik di Sukan SEA.
Sesetengah pengguna media sosial menegurnya kerana mengatakan ia menampakkan lurah farajnya.
“Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut,” kata Harussani dalam laporan tersebut….

#Ramai pihak bagaimanapun menunjukkan sokongan kepada gimnas negara itu.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menulis di Twitter, “Dalam gimnastik Farah membanggakan hakim dan membawa balik pingat emas. Dalam tingkah lakunya hanya Tuhan boleh menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet negara kami.”
Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor pula berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.
“Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram,” katanya dalam laporan tersebut….

#Namun kepada penyokong Farah Ann di media sosial, Harussani berkata, “Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang….”

0 Response to "Jawapan Mufti"

Post a Comment