Seringkali dikecam & dihimpit dgn kontroversi mengenai penampilannya yg kurang sesuai dgn imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
Namun begitu, timbul cakap2 kurang enak mengenai penampilan yg dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.
Bertemu dengan gadis yg mesra dgn sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Selamat’ MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dgn wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.
"Kalau ada tuduhan yg berlaku pd saya, jangan kaitkan dgn yg wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."
Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya & mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap2 orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.
"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.
Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi.
Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".
0 Response to "Fida Ibrahim"
Post a Comment