KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi....
#Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud....
#Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau....
#Setakat ini tiada gempa susulan dilaporkan....
#Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa...
#Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau....
#Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat....
#Selain itu, bomba turut melakukan pemantauan bangunan di sekitar pekan Ranau bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenalpasti jika ada kemungkinan untuk mengosongkan bangunan....
#Buat masa kini, pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan jiwa.....
KLIK untuk lihat gambar ditempat kejadian----> GAMBAR
0 Response to "8 GAMBAR Ngeri Gempa Bumi Di Sabah..."
Post a Comment