Nampaknya sejak berkahwin ni makin bertambah rezeki Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Bukan sahaja perniagaan semakin maju dan kerap melancong, pasangan ini juga berpeluang menunaikan umrah bersama sejak minggu lepas.
Bagus juga kami lihat pasangan sama cantik sama padan ni, sesetengah orang suka muat naik gambar mereka sewaktu berada di Tanah Suci berpuluh-puluh keping dalam sehari, tapi Fizo dan Mawar kurang berbuat demikian. Mungkin sibuk beribadah.
Tapi apa yang paling menarik perhatian kami adalah perkongsian Fizo dan Mawar yang mendedahkan mereka berdua pernah berdoa dipertemukan jodoh di Jabal Rahmah pada tahun 2012.
Ketika itu kedua-duanya masih bujang dan menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing tanpa mengetahui yang jodoh mereka sebenarnya telah ditetapkan. Dengan kuasa Allah S.W.T, Fizo dan Mawar kemudiannya berkahwin setahun kemudian.
Meh baca apa yang ditulis Fizo kat bawah ni. Tapi kami rasa caption Mawar paling sweet. Hehe!
Semoga ikatan suami isteri antara Fizo dan Omar berkekalan dan kami doakan supaya mereka dikurniakan anak-anak yang comel secepat mungkin. Amin
0 Response to "Rahsia Sulit"
Post a Comment