Zaman sekarang ini kalau nak beli smartphone mesti kena standby powerbank sekali kan? Malah ada kedai yang memang siap bagi free gift powerbank untuk tarik perhatian pelanggan.
Apa yang menjadi persoalan sekarang sejauh mana tahap keselamatan powerbank korang itu? Original ke tidak?
Pengalaman mencemaskan lelaki ini berdepan dengan situasi di mana powerbank miliknya secara tiba-tiba meletup dan terbakar pasti bakal buat korang lebih berhati-hati. Iyalah meletup kot!
Meletup di dalam kereta
Menurut lelaki yang bernama Abby Ashraff ini, powerbank miliknya secara tiba-tiba meletup sehingga berlakunya kebakaran kecil.
Lebih menakutkan, ianya berlaku saat mereka sekeluarga berada di dalam kereta. Akibat kebakaran tersebut, beberapa barangan lain turut rosak.
Tindakan pantas mencampakkan beg berisi powerbank tersebut menyelamatkan mereka daripada sebarang kecedaraan.
The power’bang’ epic
Menerusi ruangan komen, powerbank tersebut dikatakan berada di dalam idle mode dan tidak digunakan namun ianya meletup secara tiba-tiba. Mujur ada seorang pemandu taxi yang datang membantu.
Fuh! Memang bahaya betul. Jika diamati betul-betul, powerbank tersebut mirip sebuah powerbank berjenama P***** yang diguna ramai.
Jadi pesanan kami berhati-hati lah ye, bukan kita minta semua ini berlaku tapi itu lah malang tak berbau!
Sumber : Facebook Abby Ashraff
0 Response to "Powerbank P*** Tiba-Tiba Meletup Hampir Akibatkan Keluarga Lelaki Ini Kemalangan"
Post a Comment