"Padanlah Allah Dah Turunkan Bala Kat MAS!" Rupanya Ini Lah Sebabnya....

Seorang lelaki, Kamaruzaman Jaffar menceritakan pengalaman yang sangat mengejutkan ketika menaiki pesawat MAS.

Mungkin kisah yang beliau kongsikan itu juga adalah antara punca Allah dah turunkan bala kepada syarikat penerbangan itu.

Ikuti kisahnya.

Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja 'Beer percuma'.

'Beer, beer, beer!'

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

"Betul ke awak ini lebih 18 tahun?"

Budak itu jawab, "YA!"

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.

0 Response to ""Padanlah Allah Dah Turunkan Bala Kat MAS!" Rupanya Ini Lah Sebabnya...."

Post a Comment