Terkini!! Sultan Tarik Balik Sokongan Terhadap Najib?

Raja Melayu tidak berpihak kepada parti politik, kata Sultan Pahang

Dalam perutusan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia kepada media rasmi.

Baginda bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.

Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya…

.. Jadi maknanya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tu dah bohonglah bila mencanangkan kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya bahawa baginda Sultan Pahang menyokong beliau pada 23 Mei lalu..

Lapor The Malaysian Insider mengenai ucapan Najib..

Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.

Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan “meracun akarnya” di Pahang.

“Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.

“Alhamdulillah semua sokong kita,” katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.

“Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.

“Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini,” beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan.

Hmmm.. nasib kita lah.. kena kencing sepanjang masa dengan Presiden UMNO ni.

0 Response to "Terkini!! Sultan Tarik Balik Sokongan Terhadap Najib?"

Post a Comment