Lagi kisah terbaru tentang Azwan Ali yang tak sanggup kami nak tulis, kami kami relakan jua jari ini menaip satu-persatu ayat. Bukan sebab apa sangat, tapi cuma rasa kesian dengan beliau ni. MasyaAllah, hatinya hitam langsung tak boleh ditegur.
Bermula kisah dia sendiri yang salah faham dengan peminat tentang Restoran Me'nate dan patutnya cukup mudah jika beliau akhiri perkara tersebut dengan membuang ego dan memohon maaf kepada peminat tersebut, tapi sifat bongkak, sombong, riak dan takbur yang ada dalam hati beliau melebihi segala-galanya sehinggakan tiada siapa dalam dunia ini layak untuk menasihati beliau.
Jangan cuba menasihati beliau jika tidak mahu disembur dengan cacian. Jangan cuba langsung bersuara di Twitter atau anda akan di block yang sebenarnya anda pun langsung tidak hairan.
Itulah juga yang berlaku kepada pelakon yang juga usahawan berjaya, Azhar Sulaiman apabila cuba menasihati Azwan Ali dengan penuh baik, lemah-lembut dan budiman sebagai seorang sahabat yang menasihati sahabatnya yang lain namun teruk dikecam kembali.
"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia? Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan. Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?"
Berikutan dari respon Azwan Ali itu, Azhar Sulaiman turut memberikan maklumbalas semula.
"KEPADA AZWAN ALI....Saya cuma seorang rakyat Malaysia dan seorang Lelaki Melayu yang memberi REACTION kepada posting you yang telah menyebut banyak kali perkataan "Melayu itu dan Melayu Ini" dalam konteks yang memburukkan KAUM Melayu itu sendiri.
Common you lulusan undang undang....Don't tell me you are not smart enough to figure out apa yang you tulis itu terlalu KASAR untuk orang baca dan akan mengundang respond balas negative.
Saya tak pernah pun terfikir nak masuk campur masalah Artis lain dengan Artis lain atau dengan Peminat.
Tapi bila you tulis secara kasar,dan sebut benda2 yang tidak sepatutnya dan upload untuk tatapan ramai kat media social...so be prepared lah untuk terima komen balas....contohnya dari saya yang you TIDAK KENALI ini.
BETUL you TIDAK PERNAH kacau Hidup saya...I appreciate that."
Azwan ali pula ketika ditanya tentang dirinya yang dikatakan pengecut kerana terus memohon maaf kepada Rani Kulup selepas digertak, Azwan mengatakan yang dirinya tidak hipokrit.
"Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap. Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak? Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?"
Itulah ajaibnya apabila memohon maaf bukan pada tempatnya sedangkan sejak dari awal lagi semua perkara ini dapat diselesaikan dengan memohon maaf kepada peminatnya yang dihina dan dimaluka berbakul-bakul dengan bahasa yang sangat biadap.
Adakalanya kami rasa Azwan Ali ni sengaja membadutkan diri tak kisahlah samaada dia disukai atau dibenci orang ramai asalkan dirinya masih kekal wujud dalam industri hiburan negara ini. Kasihan hidupnya penuh dengan kebencian. Seronok ke hidup macam tu ya? Takut-takut bila orang ramai jumpa depan-depan, silap-silap kena ludah. MasyaAllah.
Teguran Mufti Perak kepada Azwan Ali
Kami merasakan rakyat Malaysia harus bangkit menolak insan sebegini sepenuhnya. Kami juga merasakan semua stesen TV di negara ini hentikan sepenuhnya dari memaparkan so-called "role model" (sesiapa sahaja) yang memberikan kesan, aura, dan pedoman tidak baik kepada masyarakat.
- See more at: http://www.ohmedia.my/2015/07/siapa-azhar-sulaiman-nak-nasihat-azwan-ali.html?m=1#sthash.WNMWREM3.dpuf
0 Response to "Sambungan"
Post a Comment