#Geram, marah, sedih semuanya perasaan bercampur baur bila dapat tau kes adik Yaya didera oleh ibu tirinya sendiri. Kak, kalau tak boleh nk jaga budak kecil baik akak bagi orang yg lagi bertanggungjawab je mengasuh adik Yaya tu. Buat apa nak dera sampai cacat kekal dibuatnya? Mana sifat kemanusiaan tu?
#Kes ini dapat perhatian dari banyak pihak & kami pasti, satu Malaysia sedia maklum dgn sifat kejam ibu tiri & ayah Yaya tu. Artis jelita, Fazura juga naik angin dek isu dera tu. Haih.. macam-macam benda jadi sekarang ni....
#PrayForYaya
#Berita ini sama sekali tidak dapat diterima akal. Selepas satu persatu kes haiwan yg tidak mampu bersuara di seksa oleh hati hati kejam, kini kita disuap pula berita anak kecil yg mengharap lindungan bapa kandung & ibu tiri tapi sebaliknya dilaporkan didera sehingga mengalami kecederaan di tulang rusuk, lengan, pinggul & patah tulang belakang. Disaat masih ramai pasangan suami isteri di luar sana yg mengimpikan seorang zuriat, kini rata rata masih ada manusia yg tidak mensyukuri kurniaan ALLAH yg pling berharga ini. Mengapa mahu punya ank jika belum bersedia & mampu bertanggungjawab menjaga serta memberi sepenuh kasih sayang padanya? Saya percaya bkan semua ibu tiri sekejam dia, namun apakah nilai kasih sayang si bapa sehingga tidak mampu melindungi zuriatnya sendiri. Hiba tetapi syukur… Setelah melarikan diri, akhirnya mereka tertangkap juga. My heart goes out to precious Yaya’s mother, Puan Sana Abdul Malek & marilah kita sama sama berdoa utk Adik Nur Zuliana Zaara semoga dgn keberkatan ramadhan ini, dia akn cepat sembuh & kembali pulih sepenuhnya dgn izin ALLAH SWT. Amin ?? #PrayForYaya #JusticeForYaya #WhereIsTheLove #PrayForBetterHumans #PrayForABetterWorld #PrayForMalaysia
#Berikut merupakan luahan hati Fazura berhubung kes itu. Kita yg baca pasal kecederaan serius yg dialami Yaya tu pn dah sebak, ini kan lagi Yaya yg sedang menanggung sakit tu. Semoga adik Yaya dilindungi Allah S.W.T ya.. Amin!!!
0 Response to "Fazura Bengang"
Post a Comment