Gadis Bertudung Cantik Bangga Tayang Lidah Bertindik

Dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas. Lihat betul-betul, apa lagi kalau bukan bertindik.


Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.

Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.

Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.

Sebenarnya pada pandangan penulis, bertindik atau lebih dikenali dengan nama piercing ini, haram walaupun di mana-mana bahagian badan termasuklah cuping telinga.

Terdapat percanggahan pendapat mengenai perkara ini, ada fatwa yang mengatakan bertindik itu hukumnya adalah ‘harus’.

Namun jika difikirkan bukankah amalan berindik itu sudah seperti mengubah sesuatu ciptaan Allah?

Bertindik ini asalnya merupakan amalan wanita Arab Jahilliah sebelum mereka memeluk Islam.

Setelah mereka memeluk Islam, amalan lama tersebut ditinggalkan dan tidak diteruskan.

Jadi mengapa masyarakat khususnya kita yang beragama Islam masih mengikut amalan masyarakat Arab Jahilliah kembali?

Serta apa bezanya bertindik di cuping telinga dengan bertindik di beberapa anggota badan seperti hidung, pusat dan kening ?

Maka reaksi para ulama akan berkata “Haram kerana perbuatan tersebut menyerupai golongan kafir”

Bukankah bertindik di bahagian cuping telinga itu sendiri sebenarnya merupakan ‘permulaan’ mengikut tradisi golongan kafir?

Tubuh badan kita, iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kesemuanya adalah milik Allah.

Kini ramai masyarakat Melayu Islam dan kebanyakkan Ulama memandang amalan bertindik sebagai perkara yang kecil, padahal hakikatnya perkara-perkara seperti inilah bakal ditanya di akhirat kelak.

0 Response to "Gadis Bertudung Cantik Bangga Tayang Lidah Bertindik"

Post a Comment