PUNCA UTAMA Bayi Sukaa Tunjuk-Tunjuk Kat Kipas Kini DIDEDAHKAN.. Jangan TERKEJUT !!!

Assalamualaikum. Saya cuma nak share kisah-kisah tak seberapa dari pengalaman saya sendiri yg terjadi kepada ahli keluarga dan saudara-mara. Mana-mana yg terkurang, haraplah dimaafkan. Semua nama yg digunapakai dalam cerita-cerita saya adalah nama pelesu belaka.

Anak Sepupu Diganggu

Aku baru habis menduduki SPM masa ni. Biasalah, lepas habis SPM, memang goyang kaki menternak lemak ajelah kat rumah. Lepas tension, katanya. Tapi tak sampai sebulan melepak di rumah, aku jadi bosan. Mulalah aku sibuk-sibuk nak cari kerja, nak cari duit. Kebetulan, bila aku suarakan kehendak aku tu, kakak sepupu aku ada sama. Kakak sepupu aku, Kak Zai, ada seorang anak lelaki yg baru berumur 1 tahun yg aku panggil Aqif. Masa aku cakap nak cari kerja tu, Kak Zai syorkan pada aku supaya aku jadi babysitter Aqif buat sementara waktu sebab pengasuh Aqif nak pergi umrah. Aku laju je setuju. Aqif bukan jenis budak yg banyak ragam, senang nak jaga. Bila dia lapar atau berak je dia bunyi.

Jadinya seminggu selepas tu, hari Isnin aku start jaga Aqif. Pagi tu, dalam pukul 7.30, Kak Zai dah sampai depan rumah dengan barang-barang Aqif. Rumah aku kalau pagi memang takde orang. Adik-adik aku semua sekolah. Mama pulak kerja. Tinggal aku je la sorang. Sampai-sampai tu, Aqif masih lagi tidur. Aku letakkan Aqif di ruang tamu, atas toto. Lepas tu aku siapkan barang-barang nak mandikan Aqif sementara tunggu dia nak bangun.

Tengah dia tidur tu, aku baring sebelah Aqif, bukak TV. Ada movie best. Sambil aku tengok movie, aku perasan jugak Si Aqif ni tidur jenis tersentak-sentak. Macam terkejut macam tu. Bila dia tersentak, aku tepuk montot dia perlahan-lahan. Ada sekali dia tersentak, dia merengek perlahan. Aku ingat dia nak bangun dah. Tapi mata dok terpejam lagi. Dia merengek kejap, lepas tu diam. Kadang-kadang, dahi dia berkerut masa tidur. Pendek kata, tak aman dan tenteram la budak tu tidur pun. Aku anggap benda biasa je lah.

Dalam pukul 9 pagi, baru Aqif terjaga. Aku mandikan dia, lepas tu bagi susu. Masa tengah hisap susu tu, jari Si Aqif ni asyikla dok menunjuk ke arah kipas kat siling tu. Lepas tu dia gelak-gelak. Aih, lain macam budak ni! Tapi aku buat takde apa jugak. Tengah hari tu, adik-adik aku balik dari sekolah, mainlah kejap dengan Si Aqif sementara aku siapkan lunch.

Tetiba adik aku yg Angah tu tanya aku, “Long, apsal ada lebam kat peha Aqif?”

Aku pun terkejut la. Masa aku mandikan tadi, takde pulak aku nampak lebam ke merah ke apa. “Mana? Mana?” aku cepat-cepat ke depan, nak check. Angah tunjuk kat peha kanan Aqif. Ada tanda kebiru-biruan kat situ. Aik! Bila masa pulak ada lebam ni? Aku garu kepala. Habislah, nanti Kak Zai ingat aku dera anak dia pulak!

“Apsal eh, Aqif suka tunjuk-tunjuk kat kipas?” adik aku yg Alang pulak tanya. Baik-baik je Alang tanya macam tu, tetiba Aqif menangis. Dengan sangat kuat. Macam ada orang pukul dia. Terkejut kami adik-beradik. Aku cecepat ambil Aqif sambil pujuk dia. Aqif siap menjerit lagi apa bagai. Aku panik kejap. Tadi dia ok je, apahal pulak tetiba mengamuk ni? Lama jugak aku ambik masa nak pujuk Aqif, itu pun dah berhenti menjerit, dia dok tersedu-sedan lagi. Entah apa yg dia sedih sangat aku pun tak tau. Bagi susu tak nak, bagi puting tak nak. Apa pun tak nak. Tapi lama-lama dia bertenang. Masalahnya, lepas tu, dia tak bagi aku letak dia. Dia nak aku dukung je dia. Sikit pun dia tak nak lepas aku. Adik aku nak ambik pun dia tak mau. Dah ke hulu ke hilir la aku ni dok bawak dia. Aku makan nasik pun pegang dia.

Mujur waktu nak solat dia lepas. Aku letakkan dia kat sebelah aku masa solat. Masa tu dia dok diam je sambil main mainan yg mak dia bawak. Tapi habis-habis aku bagi salam, terus dia panjat aku. Buat tak nak lepas dia. Lantak kaulah labu. Aku bawak Aqif pergi ruang tamu, duduk tengok TV dengan adik-adik aku. Tengah tengok TV, Aqif terlena sendiri. Aku pun letakla dia atas toto. Aku join baring sebelah dia. Macam biasa, Aqif macam tersentak-sentak masa tidur. Aku pulak macam tergerak hati, baca ayat Kursi dan hembus ke ubun-ubun Aqif. Magik! Lepas tu dia tidur diam, takde terkejut dah. Lepas tu, dgn aku sekali terlelap sebelah Aqif.

Masa terlelap ni, aku mimpi. Aku nampak Aqif merangkak datang kat aku, tapi tiba-tiba ada tangan lain angkat Aqif. Tangan tu hitam melegam, kuku panjang. Aqif menangis sekuat hati. Aku cuba nak ambik Aqif tapi tangan tu angkat Aqif tinggi-tinggi. Aku nampak tangan je masa tu. Badan ke apa aku tak nampak. Aku menjerit panggil nama Aqif. Dan Aqif terus menangis. Tangan tu angkat Aqif, makin lama makin tinggi. Sampai aku tak nampak Aqif sebab gelap. Sayup je aku dengar suara Aqif menangis.

“Along! Along!” badan aku digoncang kuat. Aku buka mata. Angah yg kejutkan aku rupanya. Serentak, telinga aku dapat tangkap bunyi tangisan Aqif. Aqif tengah menangis rupanya. Bukan tahap menangis lagi ni. Dah meraung dah aku rasa. Meleleh-leleh air mata dia. Alang tengah cuba pujuk dia, tapi tak jalan. Aku ambil Aqif dari Alang, cuba pujuk dia. Pun tak jalan jugak. Kami 3 beradik mati kutu sekejap dengar Aqif melalak semahunya. Last-last Angah ambil CD orang mengaji Quran dan pasang. Sikit demi sikit, Aqif mula berhenti menangis. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Aku teringat mimpi aku. Meremang habis bulu roma bila teringat. Aku SMS ke Kak Zai suruh dia balik awal sikit. Kak Zai terus call aku.

Kak Zai: Kenapa, Long?
Aku: Aqif ni ha, semacam sikit la kak.
Kak Zai: Kenapa? Kenapa? *panik*
Aku: Tak… takde serius pun. Kak Zai balik la awal sikit eh? Satgi Along bagitau.
Kak Zai: Aaa… yelah. Kejap Kak Zai tanya bos dulu naaa.
Aku: Orait.

Lepas Aqif dah mula tenang, sekali lagi dia tak bagi aku letak dia. “Eh, Long, ada lebam lain la kat kaki Aqif!” Alang tunjuk kat peha kiri Aqif. Pulak! Aku check, memang ada. Macam fresh pun iya kesan lebam tu. Aku dengan adik-adik aku berpandangan sesama sendiri. Masa tu aku dah tak sedap hati dah. Ada ‘benda’ ke yg mengganggu Aqif ni? Aku tak pernah pulak dengar Kak Zai cakap pasal benda tu. Aku tengok ke arah kipas siling yg Aqif dok tunjuk-tunjuk pagi tadi. Serentak kembang semacam tengkuk aku. Telinga pun rasa berdesing je. Aku berselawat sambil usap belakang badan Aqif.

Dalam pukul 4 petang, Kak Zai dah terpacak depan pagar rumah aku. Dia nampak agak panik. Aku serah Aqif ke mak dia. Kami duduk berbual di ruang tamu.

Kak Zai: Kenapa, Along? Kenapa dengan Aqif?
Aku: Takde. Aqif ni dah dua kali hari ni menangis melalak menjerit semacam. Risau gak kot sakit ke apa.
Kak Zai: Yeke, Long? Tapi pagi tadi dia ok je. Badan pun tak panas.
Aku: Kak, ni nak tanya. Aqif ni memang tidur selalu tersentak ke? Terkejut macam tu.
Kak Zai: Yang tu baru start minggu lepas. Yang lepas Kak Zai balik dari kampung Abg Din.

Aku baru teringat. Minggu lepas ada pakcik Abg Din (suami Kak Zai) meninggal di utara tanah air. Mereka anak-beranak balik ke kampung masa tu sebab Abg Din rapat dengan pakcik yg meninggal tu.

Aku: Kejap. Kak balik tengah malam kan masa tu?
Kak Zai: Ha la. Kan orang tu meninggal lepas Isyak. Sementara nak tunggu Abg Din balik kerja apa, tengah malam baru bertolak.

Aku terdiam kejap. Aku tengok kat Aqif. Masa tu mata dia dok tengok kat kipas sekali lagi sambil dok tunjuk-tunjuk. Aqif ni bukan boleh bercakap sangat lagi walaupun umur dah setahun. Dia tau sebut ‘Mama’ dengan ‘Bah’ je. Lain ikut sedap mulut dia nak cakap.

Aku: Tengok Aqif, dok tunjuk apa tu?
Kak Zai: Ni biasa dah ni. Kat rumah, rata dia tunjuk. Sat kat atas almari, sat kat kipas, sat kat dalam bilik air.
Aku: Kat rumah dia tak pernah ka menangis melalak macam orang dera dia?
Kak Zai: Ada la jugak. Tapi kak tak ambik pusing sangat. Kak rasa dia bad mood ka macam tu.
Aku: Kak cuba tengok kaki dia tu, ada lebam. Sebelum ni kak perasan dak?

Kak Zai belek-belek kaki anak dia.

Kak Zai: Ish… sejak bila ada ni, Long? Kak tak pernah nampak pun sebelum ni.
Aku: Angah perasan tak sat ni. Lepas tu hat belah kiri tu Alang perasan baru tadi. Tak tau macam mana boleh lebam. Dia tak jatuh ka apa pun.
Kak Zai: Ish la… kesian anak mama ni. Nanti mama boh minyak gamat naa…

Kak Zai usap-usap kepala Aqif. Aku nak cakap apa yang aku rasa, tapi aku risau Kak Zai tak percaya pulak. Nanti aku pulak dituduhnya mereka cerita. Sudahnya, aku diamkan aje. Tengah dok berbual tu, Mama balik. Aku pun cerita kat Mama apa jadi masa aku jaga Aqif, siap aku tunjuk lebam di kaki Aqif. Angah dgn Alang jadi tukang back up cerita.

Mama: Zai, cuba panggil ustaz ka mai tengok Aqif ni. Kot ada yg ‘berkenan’ kat dia ka…

Haa, yes! Mama dah suarakan apa yg terbuku di hati aku.

Kak Zai: Ishhh… Mak Long rasa ada ka?
Mama: Kita tak tau, Zai. Budak ni kan senang kena macam tu. Baru ni Zai kata Aqif dok merengek tengah-tengah malam kan? Takkan saja-saja dia nak merengek…
Kak Zai: Tu lah… bagi susu pun tak mau. Bila kita pegang, dukung dia baru nak diam, baru nak lena. Kalau letak ja, dia boleh bangun merengek pulak.
Mama: Ha tuu… kan dah lain macam sangat tu? Suruhla Din panggil ustaz ka apa. Kesian kat Aqif ni.
Kak Zai: Iyalah, Mak Long. Malam ni Zai cakap kat dia.

Malam tu, lepas Isyak, Kak Zai dgn Abg Din datang rumah bawak Aqif. Aqif tengah menangis, macam dia menangis siangnya. Kata Kak Zai, dari Maghrib lagi Aqif dah start. Mula-mula merengek je. Lepas tu lama-lama menangis makin kuat. Kak Zai dgn Abg Din aku tengok panik je. Mama ambil Aqif dari Kak Zai, bawa masuk rumah. Mama ada baca something, lepas tu dihembus ke ubun-ubun Aqif. Mama gosok-gosok belakang badan Aqif sambil zikir ‘La Ilahailallah’ berulang kali. Tak sampai dua minit, Aqif diam. Cuma tinggal sedu-sedan je. Tak lama lepas tu, Aqif terlena.

Mama: Dah panggil ustaz dah?
Abg Din: Panggil dah. Weekend baru ustaz boleh mai.
Mama: Ni baru hari Isnin, Din oi. Nak tunggu anak biru ka baru nak panggil?

Haa… kan Mama dah marah. Abg Din garu kepala.

Mama: Takpalah. Sat Mak Long call kawan sat. Zai, pegang Aqif ni.

Mama call la kawan dia yg suaminya ustaz. Dalam setengah jam macam tu, diorang sampai. Sembang-sembang sikit, ustaz minta nak ambil Aqif dari Kak Zai. Belum sempat ustaz ambil, Aqif buka mata, dan UWAAAAAAAAAA!!! Sekuat-kuat hati dia. Terkejut habis orang dalam rumah. Ustaz buat tak endah, je terus ambil Aqif. Aqif siap keraskan badan dia bila dipegang ustaz, dengan melalak dia lagi. Aku tengok Kak Zai dgn Abg Din tak betah jadinya bila anak dah serupa orang kena dera. Ustaz pangku Aqif dan mula-mula, dia baca ayat apa aku tak tau. Bunyi macam Al-Ikhlas, tapi aku tak sure. Automatik, Aqif senyap. Macam suis ditutup. Badan dia pun dia tak keraskan dah.

Ustaz baca-baca, lepas tu hembus dari hujung kepala Aqif sampai ke hujung kaki. Masa tu Aqif siap boleh gelak-gelak, macam bersembang dgn ustaz tu dalam bahasa dia. Ustaz pun agah-agah dia. Dia gelak. Kak Zai dgn Abg Din tarik nafas lega tengok anak diorang macam dah ok. Ustaz serahkan Aqif pada Abg Din.

Ustaz: Tak ada apa ni, insya Allah.
Abg Din: Kenapa dengan anak saya, ustaz?
Ustaz: Anak kecik, biasalah ada yg berkenan nak dibuat ‘kawan’.
Abg Din: Astaghfirullah… tak sangka pulak saya.
Ustaz: Ini… boleh kita ke rumah awak sekejap? Biar kita selesaikan malam ni.

Maka berangkatlah kami ke rumah Kak Zai pulak. Mama ajak aku ikut sekali. Sampai di rumah Kak Zai, ustaz berdiri di tengah rumah dan laungkan azan. Mula-mula bila ustaz nak laungkan azan, Aqif macam menjerit. Tak menangis, tapi macam marah. Mula-mula tu jelah. Lepas tu dia ok. 3 kali ustaz tu laungkan azan, kalau tak silap aku. Masa pertama kali ustaz azan, ada bunyi benda jatuh kat tingkat atas. Berdegum bunyinya. Aku pulak yg rasa nervous. Kak Zai dah siap paut tangan Abg Din dah. Habis azan, ustan pun pesan pada Abg Din, rajin-rajinlah azan dalam rumah, sebab makhluk tu semua takut dengan azan. Rajin-rajin baca Al-Quran, pesan ustaz lagi. Jangan baca saja, paham dan amalkan. Macam-macamlah yg ustaz pesan.

Last sekali, ustaz pesan jangan suka sangat bawak anak keluar tengah-tengah malam, tak elok. Sampai part ni, Mama pun iyakan jugak. Masa ni tetiba Si Aqif angkat tangan, melambai-lambai kat pintu macam say goodbye gitu. Aik, siapa pulak yang Aqif lambaikan ni?

Tamat.

Alhamdulillah, Aqif ok lepas tu. Takde la menangis menjerit-jerit tu, tidur tersentak-sentak ke. Tapi ada sekali tu, masa ni umur Aqif dah 2 tahun, saya teman Aqif main bola kat luar rumah. Tiba-tiba dia pergi kat pagar, dia cakap “Mehla mashok. Meh, meh.” Padahal takde sesiapa pun kat pagar tu. Seram sejuk saya dibuatnya. Terus bawa Aqif masuk rumah. Tah siapa-siapala yang diajak masuk rumah.

Kredit sepenuhnya kepada – Cik Nana via THEHYPEMEDIA.

0 Response to "PUNCA UTAMA Bayi Sukaa Tunjuk-Tunjuk Kat Kipas Kini DIDEDAHKAN.. Jangan TERKEJUT !!!"

Post a Comment