Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.
Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."
"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."
Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."
"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.
Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita.
Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya. Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.
Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.
Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.
Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.
Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.
0 Response to "SAYU !! Luahan Hati Ayah.. "Hinanya Kami Mak Bapa Dia... Mereka Tidur Hotel""
Post a Comment