TINDAKAN MAN BAI

#Suami mana yg tak rasa tercabar bila sang isteri diganggu oleh lelaki lain, betul tak? Lebih menyakitkan lagi bila mengetahui hbungan tersebut tak bertepuk sebelah tangan....

#Perkara ini mula dihidu media sekitar minggu lepas apabila Man Bai atau nama sbenarnya Abdul Rahman Osman mngeluarkan status berbaur amaran dipercayai akibat terlampau geram dgn tindakan lelaki warga Singapura yg masih menganggu isterinya.

#Terbaru menerusi kenyataan Man Bai di akhbar Harian Metro, penyanyi itu mendedahkan hbungan skandal antara lelaki berkenaan dgn isterinya pernah terjalin pada 2008 lagi namun terhenti seketika selepas dberi amaran.


#Saya prnah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul & saya akn bawa ke pihak berkuasa dlm sehari dua.

#Lelaki itu pernah memikat & menjalin hubungan dgn isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dpt hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu & isteri utk menghentikannya.

#Selepas itu keadaan okay tapi pd minggu lalu saya dpt kesan lelaki yg sama muncul semula di FB & menjalin hubungan dgn isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu utk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh & akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yg sama.

#Apabila berlaku situasi macam ni, mungkin ramai yg tertanya-tanya tntg hubungan Man Bai & isterinya tapi menurut penyanyi Kau Ilhamku itu, dia akn cuba mempertahankan rumahtangga mereka selagi boleh.

#Saya sedar & akui ramai yg bercakap kalau bertepuk sebelah tangan tak mungkin hal ini jadi melarat tapi orang luar hanya boleh buat tanggapan masing-masing. Cerita sebenar hanya saya & isteri saja yg tahu. Kalau boleh, saya mahu pertahankan & pulihkan semula keadaan........

#Apa yang boleh kami katakan sekarang, Man Bai dan isteri seharusnya duduk berbincang dan kami harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya tak menjadi lebih teruk.

0 Response to "TINDAKAN MAN BAI "

Post a Comment