MENGGEMPARKAN: Ini Adalah Ulasan Dari Amar Baharin Yang Sangat Mengejutkan Netizen Tentang Video Kontroversi nya Dengan Tizz Zakiah



KUALA LUMPUR - Minggu lalu tersebar video pendek babak watak Amar Baharin merogol watak Tiz Zaqyah di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun bagi Amar, sungguhpun babak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, nama ia sedikit sebanyak menjadikan drama 'Akadku Yang Terakhir' itu mendapat perhatian umum dan lebih popular.

"Saya tidak menafikan perkara tersebut. Baik atau buruk, ia tetap publisiti. Mungkin disebabkan babak rogol yang tersebar itu, orang ramai lebih berminat untuk menonton keseluruhan drama tersebut.

"Sebelum menjadi viral, mungkin orang tidak sedar tentang kewujudan drama itu kerana ia bersiaran setiap jam 6 petang, bukannya pada waktu perdana," katanya kepada Kosmo!

Meskipun dihentam netizen, Amar meluahkan rasa bersyukur kerana rama yang mula bercakap mengenai drama tersebut. 

Difahamkan, babak rogol itu tidak mendapat kelulusan stesen televisyen, namun dimuat naik oleh pengarah Harris Fadzillah di laman Instagram. 

"Ini bukan pertama kali saya menerima kritikan kerana lakonan. Jika terlalu mengikut adegan dalam novel dihnetam, tak ikut juga menerima nasib sama kerana dikatakan mengubah karya asal. Jadi saya tak peduli kata-kata orang lain asalkan kerja berjalan dengan baik sudah memadai.

"Saya lebih bimbang jika tiada langsung berita atau respons dari orang ramai terhadap drama dilakonkan," katanya. -

0 Response to "MENGGEMPARKAN: Ini Adalah Ulasan Dari Amar Baharin Yang Sangat Mengejutkan Netizen Tentang Video Kontroversi nya Dengan Tizz Zakiah"

Post a Comment