Hasil siasatan polis mendapati, pasangan muda itu pernah terlanjur ketika berada di sebuah rumah kosong di Panching, bagaimanapun alamat lokasinya tidak diketahui.
Susulan itu, polis menahan teman lelaki kanak-kanak itu yang berada di perkarangan HTTA pada jam 5.10 petang pada hari yang sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0-g0l.
Difahamkan, gadis yang berusia 11 tahun yang tercicir dalam persekolahan itu, dihantar oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada teman lelakinya ke HTAA kerana sakit hendak bersalin.
Setelah selamat melahirkan bayi, pihak hospital mendapati gadis itu masih di bawah umur dan belum berkahwin. Ekoran itu, pihak hospital tampil membuat laporan polis. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "Terbongkar"
Post a Comment