Kisah Sebenar

#Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah lagi oleh pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab apabila melaga-lagakan beliau dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar....

#Menerusi Facebook, pengguna itu memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, yang kononnya atas titah Sultan Johor.....

#Cerita ini timbul apabila Najib telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu sebelah malam selepas merasmikan Peringkat Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)....

#Pertandingan ini disiarkan secara langsung di RTM TV1. Pada malam tersebut, Najib mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut....

#Najib kemudiannya bergerak ke perasmian mesyuarat Umno bahagian Pasir Gudang pada pagi Ahad dengan menaiki kereta dari singapura dan selepas majlis telah kembali semula ke negara Singa itu untuk program rasmi yang turut dihadiri para pemimpin negara Asean....

#Turut hadir mencemar duli ialah baginda Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim....

#Difahamkan hari ini pula, Najib berlepas ke Kuching, Sarawak untuk satu program rasmi malam ini sempena sambutan bulan kemerdekaan.....

#Jadi dengan aturcara sedemikian yang terdapat di negara republik tersebut sepatutnya tidak timbul fitnah bahawa Sultan Ibrahim tidak memperkenan pesawat dinaiki Najib untuk mendarat di Senai....

#Malah Najib dan Baginda turut bertemu dan berbual di Singapura dalam keadaan mesra dan hormat.....

#Di laman Facebook Najib, beliau turut bergambar bersama-sama dengan baginda ketika sama-sama bertemu di Singapura....


#Sebagai negara yang menjemput Najib, Singapura mengambil tanggungjawab menyediakan pengangkutan untuk beliau yang perlu menghadiri majlis tertentu ketika di Singapura dan kemudian pulang semula ke Kota Singa itu untuk majlis seterusnya....

#Jadi di sinilah, fitnah lebih dipercayai daripada kebenaran yang sudah tiada nilai di mata orang ramai....

#Biarpun penjelasan diberikan, sikap sesetengah orang kita yang amat mudah mempercayai ‘bulat-bulat’ pembohongan perlulah dihindari....- SUMBER

0 Response to "Kisah Sebenar"

Post a Comment