Dikeji

Hari ini kecoh di laman sosial seorang gadis yang didakwa pekerja taska telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar kanak-kanak ke laman Wechatnya dan menggelar kanak-kanak berkenaan sebagai monyet,

Selain itu dia juga menggelarkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai acah bagus dan menyamakan dengan babi.

"Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. B*bi tak mampu ke mak kau? Eh s***lah," katanya.

Kerana status berkenaan laman Facebook gadis berkenaan telah menerima 'serangan' teruk daripada netizens di mana kebanyakkannya mengeji sikap gadis berkenaan.

Dia bagaimanapun tampil melalui sebuah status yang mengatakan manusia suka membesarkan perkara kecil sedangkan mengatakan perkara itu adalah biasa baginya kerana dia memang mulut laser.

Bagaimanapun jawapan daripada gadis pekerja taska berkenaan tidak dihiraukan oleh netizens di mana mereka mengkritik dan mengecam tindakan gadis berkenaan menggelar kanak-kanak yang di jaganya di taska sebagai monyet selain menggelar ibu budak berkenaan dengan perkataan babi.





Itulah kalau nak berkata-kata itu lihatlah kiri dan kanan, jangan bercakap ikut suka hati tambah-tambah hal ini melibatkan hal sensitif seperti ini. - Siakapkeli.my

0 Response to "Dikeji"

Post a Comment