Dalam senarai tahunan yang dikeluarkan oleh TC Candler sejak tahun 1990 lagi, senarai 100 Most Beautiful Faces 2014 kali ini turut memuatkan selebriti Malaysia popular di antara barisan wajah selebriti antarabangsa sebagai yang tercantik sepanjang tahun.
Pelakon, Emma Maembong melalui cadangan ramai telah diangkat di tangga ke-71 dalam senarai tersebut mendahului nama besar Hollywood seperti Mila Kunis, Scarlett Johansson, Nina Dobrev & Natalie Dormer. Dalam skala antarabangsa, hebat juga wajah pelakon kita.
“Alhamdullilah. Terima kasih semua yang tidak henti henti menyokong Emma dari dahulu sampai sekarang. Kecantikan itu semua datang dari Allah, kecantikan itu hanya dipinjamkan sementara,” tulis Emma Maembong di Instagram beliau tentang perkara ini.
Emma Maembong turut mendahului beberapa bintang popular Korea seperti IU, Goo Ha-Ra & ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD), YoonA. Tempat pertama senarai itu bagaimana pun dipegang oleh penyanyi Korea iaitu Nana (After School).
Okay, sila putarkan lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdillah. Tahniah Emma Maembong kerana ada tersenarai, Zizan Razak & kami juga turut tumpang bangga.
0 Response to "Top 100"
Post a Comment