SAYU !! Luahan Hati Ibu "Arwah Minta Air Teh Sebelum Maut Dilanggar"

KOTA BHARU - Malang tidak berbau apabila tukang rumah, Zulkifli Zakaria, 22, yang menunggang motosikal ke tempat kerja maut kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi ini.
Mangsa yang dikatakan turun lewat 20 minit dari biasa sempat membawa bekal air teh yang diminta dari ibunya, Nor Hasiah Ali, 56.
"Makcik kejutkan arwah anak dua kali pagi ini. Makcik pun pelik dan tertanya-tanya kenapa dia sukar nak bangun.
"Pagi ini dia minta buatkan air teh untuk diminum bersama tukang rumah lain. Nanti di tempat kerja dia akan letak ais untuk minum," katanya semasa ditemui di tempat kejadian di Kampung Seterpa, Peringat, di sini.
Dia minta air teh sebelum maut dilanggar
Nor Hasiah tidak dapat menahan sedih sebaik tiba di tempat kejadian.
Arwah Zulkifli dikatakan maut apabila motosikal Yamaha 125Z yang ditungganginya untuk ke tempat kerja di Kampung Padang Halban, Melor, di sini, dipercayai merempuh kereta Perodua Viva yang baru keluar dari rumahnya di tempat kejadian.
Mangsa mengalami pendarahan teruk di leher akibat terkena cermin kereta. [Baca penuh...]

0 Response to "SAYU !! Luahan Hati Ibu "Arwah Minta Air Teh Sebelum Maut Dilanggar""

Post a Comment