Pekerja Pantai Akui

SEORANG pekerja pantai di Pulau Reunion mengakui, dia ada membakar beberapa ‘sampah’ yang ditemuinya sejak awal tahun ini, dipercayai serpihan pesawat.

Pekerja terbabit Nicholas Ferrier berkata, antara yang dibakarnya adalah kerusi berwarna biru dan beberapa serpihan beg bagasi.

“Saya juga ada jumpa beberapa bag yang masih penuh dengan isi,” ujar Ferrier kepada The Sunday Telegraph.


Pekerja pantai di Reunion, Nicolas Ferrier akui dah temui serpihan pesawat termasuk tempat duduk berwarna biru sejak awal tahun ini namun menyangka ianya cuma sampah biasa.

“Tapi saya telah membakar kesemuanya kerana tugas saya di sini adalah kumpulkan sampah dan bakar,” kata Ferrier lagi.

Tambahnya, dia sebenarnya pernah melihat objek yang kini disahkan sebagai flaperon pesawat Boeing 777 selepas ditemui di Reunion minggu lepas, sejak awal Mei lalu namun tidak mengesyaki apa-apa malah pernah menggunakan flaperon tersebut sebagai alas duduknya ketika memancing.

Ferrier hanya menyedari flaperon tersebut mungkin ada kena mengena dengan pesawat MH370 yang hilang tanpa jejak sejak Julai tahun lepas, apabila berita tentang penemuan itu dihebahkan dalam siaran berita.





Sebelum ini seorang penduduk tempatan turut memberitahu, dia pernah melihat flaperon tersebut terapung lebih dua bulan lalu ketika bersiar-siar di pantai bersama anak lelakinya.

Wanita dikenali sebagai Isabelle itu dilaporkan memberitahu Zinfos974.com, “Sekitar 10 Mei lalu saya dan anak lelaki sedang berdiri di atas satu batu di pantai tersebut apabila anak saya menjerit memberitahu: “Ibu lihat, objek terapung itu kelihatan seperti sayap pesawat!””

Isabelle dan anaknya bagaimanapun beredar dari pantai tersebut tanpa berbuat apa-apa. Mereka hanya teringat tentangnya selepas penemuan flaperon diberi liputan meluas oleh media minggu lalu

0 Response to "Pekerja Pantai Akui"

Post a Comment