Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.
Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.
Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.
0 Response to "Kisah Amat Sedih Keperitan Hidup Jep Sepahtu Sebelum Jadi Pelawak"
Post a Comment