#Dunia hiburan kita kadangkala memang kelakar apabila sesama artis bertikam lidah gara-gara kena tegur atau tidak sependapat. Contoh paling terbaru ialah antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali disebabkan gambar selfie.....
#Semuanya bermula apabila Sharnaaz menyelar tindakan Azwan yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada 22 Ogos lalu.....
#Selepas itu, Azwan pula mengkritik Sharnaaz di laman Instagram. Meskipun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan Azwan, namun ramai yang dapat meneka siapa orangnya....
#"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya....
#"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," kata Sharnaaz dipetik sebagai berkata....
#Akibatnya, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah. Tambah Azwan, dia tidak mahu melayan artis gred biasa....
#"Dah tahu diri tu sejijik jijik.ahli neraka? Ada hati nak cross ? Kannn dah kena blocked ?" komen Azwan....
0 Response to "AZWAN VS SHARNAAZ"
Post a Comment