Sambungan..

Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebutJohor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.

Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.

Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.
Tiada sebarang status dimuat naik oleh Tunku Idris selain gambar butiranperjanjian itu.

Mengulas perkara itu, pengguna maya menyentuh pelbagai isu daripada kemungkinan Johor keluar Malaysia dan ada juga yang berharap baginda dapat bertenang.

Saya fikir bukan sahaja DYMM Sultan Johor malah mungkin juga Raja-Raja Melayu yang lain sedang mengorak langkah yang sama.

0 Response to "Sambungan.."

Post a Comment