Selepas 10 minggu bersiaran, pasangan Syawal & Fiqa akhirnya dinobatkan sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia.
Namun apa yang menarik perhatian kami ialah keazaman dan kesungguhan Syawal yang hanya bekerja sebagai penternak lembu manakala Fiqa gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran.
Kekurangan yang dilalui nyata bukan penghalang untuk pasangan ini berjaya. Berikut merupakan 9 fakta menarik, malah menyentuh hati disebalik kemenangan Syawal dan Fiqa.
1. Cinta Unik Penternak Lembu & Gadis OKU
Mempunyai kisah percintaan yang unik serta personaliti menarik, Syawal dan Fiqa sememangnya mendapat sokongan penonton dari mula program tersebut disiarkan.
Walaupun menyedari akan kekurangan Fiqa, ia bukan penghalang untuk mereka berdua menyertai pertandingan ini. Siapa sangka, mereka bergelar juara.
2. Syawal & Fiqa Anak Yatim
Secara kebetulan, Pasangan Syawal dan Fiqa ini merupakan anak yatim yang masing-masing kehilangan ibu sejak kecil.
3. Fiqa Demam Panas Ketika Berumur 5 Tahun
Menerusi bacaan kami di laman sosial, Fiqa sebenarnya lahir sebagai seorang kanak-kanak yang normal namun demam panas yang menimpa dirinya ketika berumur 5 tahun merubah segalanya.
Hal ini diceritakan sendiri oleh sepupu Fiqa.
4. Video Pre-Wedding Yang Menyentuh Jiwa
Selepas 5 pasangan Pelamin Fantasia diberikan tugasan untuk menghasilkan sendiri video pra-perkahwinan, salah satu daripadanya telah mencuri perhatian para penonton.
Video pre-wedding yang sungguh menyentuh jiwa Syawal dan Fiqa ditonton lebih 33 ribu ‘views’ dan menerima respon positif daripada orang ramai. Memang menyentuh jiwa.
5. Cabaran Sedih Yang Buat Rosyam Nor Menangis
Kalau Dato Rosyam Nor pun menitiskan air mata dek kerana cabaran ini, apatah lagi kami. Semangat mereka tu memang wajar diberi pujian.
6. Saling Melengkapi
Kami kagum sebenarnya dengan kesungguhan dan kemuliaan hati Syawal. Iyalah bukan senang nak belajar bahasa isyarat.
Bertuah betul Fiqa, benarlah cinta tak mengenal rupa.
7. Perkahwinan Secara Langsung Malam Ini, Ada Penyanyi Kun Anta
memilih tema perkahwinan yang berkonsepkan “Modern Garden Wedding”,majlis perkahwinan pasangan ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam ini.
Malah bakal dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor, Imam Muda Asyraf, Faizal Ismail dan Kak Engku. Abam arab yang nyanyi lagu Kun Anta pun turut hadir untuk menghiburkan orang ramai.
0 Response to "7 Fakta Menyentuh Jiwa "
Post a Comment