2 Foto Rumah MEWAH Siti Sarah Hadiah Dari Shuib Sepahtu…Untunglah - Sayang


Beberapa hari lepas,tindakan Shuib Sepahtu yang menghadiahkan isterinya  Siti Sarah sebuah kondominium sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga cukup menarik perhatian ramai. Malah,ada yang melabelkan pasangan sweet.

Berbicara mengenai hadiah berkenaan, Siti Sarah akui sangat terkejut dan tidak menyangka suaminya itu bakal memberikan hadiah sebuah rumah.

Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja. Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.

Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu.


Namun, sebelum mempunyai kehidupan yang senang seperti sekarang, pasti akan melalui kesushan terlebih dahulu.

Menurut Siti Sarah, pada awal perkahwinan mereka Shuib pernah menitiskan air mata kerana tidak dapat menyediakan kelengkapan yang lengkap dan selesa kerana Shuib baru sahaja ingin membina namanya dalam industri hiburan tempatan.

Walaubagaimanapun, Siti Sarah memberitahu beliau tidak pernah memandang Shuib kerana harta.

Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya.


Mereka sekeluarga bakal berpindah pada hari Sabtu ini dan dapat merasa untuk menyambut Syawal di rumah baru.

0 Response to "2 Foto Rumah MEWAH Siti Sarah Hadiah Dari Shuib Sepahtu…Untunglah - Sayang"

Post a Comment