Sebab

#JAKARTA – Impian bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei utk menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2015 tidak kesampaian apabila kecundang kepada penyandang juara, Chen Long dari China di Istora Senayan di sini hari ini....

#Kalau selama ini Istora Senayan menjadi gelanggang bertuah buat Chong Wei yg memenangi lima gelaran Terbuka Indonesia, kali ini ia menyaksikan impiannya menjulang gelaran dunia berkubur sebaik tewas 14-21, 17-21 dlm masa 65 minit....

#Ini mgkin penampilan terakhir Chong Wei, 33, di Kejohanan Dunia kerana tidak mungkin beraksi pada edisi akn datang pada 2017 kerana ia tidak dipertandingkan pada tahun Sukan Olimpik dilangsungkan iaitu tahun depan....

#Walaupun Chong Wei cuba bangkit dlm set kedua, namun ketangkasan Chen Long tidak dpt disangkal oleh Chong Wei....

#“Saya akui Chen Long bermain dgn luar biasa pada hari ini, saya tidak dapat berbuat apa-apa walaupun tlh lakukan yg terbaik & mengubah rentak permainan,” katanya....

#Chong Wei berkata, dia memahami harapan tinggi yg diletakkan rakyat Malaysia tetapi menegaskan kekecewaan itu tidak akn membuatkannya putus asa dlm memburu satu lagi kejuaraan utama yg blum pernah dimilikinya iaitu pingat emas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan....

#“Saya tidak akn berputus asa, saya akn sertai beberapa kejohanan lagi tahun ini & fokus sekarang ialah utk layak ke Sukan Olimpik tahun depan & saya akn cuba lakukan sesuatu jika berpeluang bertemu Chen Long lagi,” katanya....

#Utk rekod, ini adalah final kejohanan utama kelima dlm tempoh lima tahun buat Chong Wei sejak 2011 yg menyaksikannya kecundang di tgn pemain China.....

#Bagi Kejohanan Dunia 2011 & 2013, dia tewas kepada Lin Dan, begitu juga di final Sukan Olimpik 2012, manakala Chen Long menjadi penghalangnya di Kejohanan Dunia 2014 & tahun ini....

#Begitupun pingat edisi 2014 ditarik balik selepas Chong Wei gagal dlm ujian doping yg menyaksikannya digantung lapan bulan....

#Jurulatih negara, Hendrawan pula berkata, Chong Wei tlh melakukan yg terbaik & walaupun cuba memberi tekanan kepada Chen Long dlm set kedua, lawannya itu mempunyai semangat yg kental....

#“Sekarang kita harus mencari jalan utk meningkatkan lagi taktikal & ia bukanlah satu perkara yg mudah, saya mohon maaf atas kekalahan ini,” katanya.....

#Beliau berkata, taktik & rentak permainan Chong Wei sentiasa berubah bagi membolehkannya menunduk lawan sejak pusingan awal Kejohanan Dunia itu tetapi pada hari ini, keadaan lebih memihak kepada Chen Long....

#Sementara itu, Carolina Marin dari Sepanyol berjaya mempertahankan gelaran perseorangan wanita apabila menundukkan pemain India, Saina Nehwal 2 -16, 21-19. ....

0 Response to "Sebab"

Post a Comment