Punca

Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah di Rumah PENGASIH didakwa melarikan diri dari pusat pemulihan itu, malam tadi.

Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, berkata penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam tadi.

"Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Yunus berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.

Sementara itu, sumber terdekat Zamani menjelaskan isu melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan berkenaan.

Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.

Zamani turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Selanjutnya di : BH

Sumber asal: pemburudunia.blogspot.my

0 Response to "Punca"

Post a Comment